Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bersama Fahami Al Quran Dan Hadis-Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Bersama Fahami Al Quran Dan Hadis-Raja Muda Perlis

Bersama Fahami Al Quran Dan Hadis-Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 24 March 2023 15:18

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya umat Islam bersama memahami al Quran dan hadis kerana ia menjadi tunjang dalam menegakkan agama.

 

Baginda bertitah ini kerana hadis merupakan sumber dalil hukum yang utama dalam Islam selepas al Quranul Karim.

Titah Baginda, tanpa hadis, syariat Islam itu tidak dapat difahami dalam konteks yang menyeluruh kerana ia adalah huraian dari kandungan ayat al Quran.

“Dalam mempelajari ilmu berkenaan hadis memang terdapat disiplin-disiplin ilmu yang perlu difahami sebelum sesuatu hadis itu boleh diamalkan dalam kehidupan atau diajarkan kepada masyarakat,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 90 asnaf di Masjid Al-Ehsan, Kampung Darat Beseri baru-baru ini.

Seramai 68 penerima adalah anak kariah Kampung Darat dan 22 penerima lagi dari Kariah Beseri Sungai Paya.

Baginda berkenan menyampaikan RM700 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM63,000.

Sebelum itu, Jabatan Kesihatan Negeri mengadakan saringan pemeriksaan kesihatan ke atas para penerima zakat.

Juga diadakan Ceramah Promosi Gaya Hidup Sihat bertemakan Perlis Hebat! Rakyat Hidup Sihat Sejahtera.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE