Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis, anakanda-anakanda ucap Selamat Berpuasa kepada muslimin

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis, anakanda-anakanda ucap Selamat Berpuasa kepada muslimin

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis, anakanda-anakanda ucap Selamat Berpuasa kepada muslimin

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 23 March 2023 15:58

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menzahirkan ucapan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan mendoakan semoga ibadah puasa masing-masing pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan sihat sejahtera, beristiqamah serta lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyempurnakan Perasmian Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis pada petang semalam.

 

Majlis tersebut adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Terdahulu daripada itu diadakan sesi Taklimat Mengenai Data Rukyah Hilalb yang disampaikan oleh JUPEM Perlis.

Raja Muda turut berkenan melancarkan buku terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis yang ditaja oleh MAIPs berjudul Panduan Halaqah Al-Quran tulisan Dr. Ismail Lutfi Fathoni di majlis tersebut.

 

 

Setelah matahari terbenam ketika waktu Maghrib dilaksanakan Rukyah Hilal hinggalah Hilal Terbenam dan diadakan sesi

Menandatangani Pengesahan Rukyah Hilal 1444H/2023M Negeri Perlis disusuli solat Maghrib berjamaah.

Selepas itu Tazkirah Maghrib disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs, Ustaz Mohd Rizal Azizan disusuli dengan solat isyak dan solat tarawih. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE