Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jurnal Berimpak Tinggi Naikkan Nama Universiti – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Jurnal Berimpak Tinggi Naikkan Nama Universiti – Raja Muda Perlis

Jurnal Berimpak Tinggi Naikkan Nama Universiti – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 21 March 2023 15:57

KAJIAN dan penyelidikan berimpak tinggi dapat membantu menaikkan nama universiti sekaligus meningkatkan kelangsungan pendidikan masa hadapan khususnya menerusi penghasilan jurnahl-jurnal berimpak tinggi.

 

Pada masa yang sama untuk meningkatkan keupayaan dan kepercayaan kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), kepekaan pengurusan kedua-dua buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan kepada permasalahan pelajar perlu dititikberatkan selain kebajikan pelajar perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Canselor Monash University dari Melbourne, Australia, Peter Young AM KC.

Monash University merupakan salah sebuah daripada 50 universiti terbaik di dunia.

Hadir sama mengadap baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pro Canselor UniMAP ialah Presiden merangkap Pro-Naib Canselor (Interim) Monash University Malaysia, Professor Matthew Gordon Nicholson; Ahli Majlis Universiti Geraldine Johns-Putra; dan Naib Presiden (Pendidikan), Professor Beverley Joyce Webster.

Turut hadir anakanda puteri sulung Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail; anakanda putera bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan Datuk Dr Husaini Omar.

Pertemuan tersebut diadakan pada Sabtu lalu di Sunway Resort Hotel and Spa sebelum bermulanya Istiadat Konvokesyen Monash University Malaysia 2023 melibatkan Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merupakan anakanda puteri kedua kepada Raja Muda dan Raja Puan Muda yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana iaitu ‘Master of International Business’.

Di majlis tersebut Raja Muda yang juga Canselor UniMAP dan KUIPs turut berkenan menyampaikan plaka sebagai cenderamata kenangan kedua-dua IPT berkenaan kepada Peter Young yang menerima bagi pihak Monash University.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE