Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Program Kayuhan Raja Muda Perlis Jadi Inspirasi Banyak Pihak n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Program Kayuhan Raja Muda Perlis Jadi Inspirasi Banyak Pihak

Program Kayuhan Raja Muda Perlis Jadi Inspirasi Banyak Pihak

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 April 2019 09:20

KUALA LUMPUR, 29 April 2019 (Isnin) - Aktiviti kayuhan sambil menyantuni masyarakat yang sering dilaksanakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah memberi inspirasi kepada pelbagai pihak.

Semalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengundang baginda untuk bersama-sama berkayuh dan menyampaikan sumbangan ke lima buah rumah asnaf di sekitar Kampung Datuk Keramat di sini.

Baginda bersama kira-kira 100 peserta, berbasikal ke lima buah rumah asnaf bagi menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian sepanjang perjalanan sebelum tiba di Masjid Al-Akram di sini.

Pada majlis penyerahan bantuan kepada 100 orang asnaf di Masjid Al-Akram, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah agar lebih banyak program agihan dapat dirangka serta dilaksana secara menyeluruh dalam usaha membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Baginda bertitah dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, agensi pengurusan zakat perlu lebih bersikap proaktif dan kreatif menyebarkan maklumat tentang program yang dilaksanakan melalui hasil zakat agar sampai kepada pengetahuan para pengeluar zakat khususnya dalam membantu golongan asnaf.

“Usaha memberikan kesedaran dan kepentingan berzakat kepada umum juga harus dipergiatkan lagi dari semasa ke semasa,” titahnya.

Program berbasikal itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun serta Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE