Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perdagangan Victoria, Australia – Malaysia Naik 36 Peratus Tahun Kewangan 2021-2022 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perdagangan Victoria, Australia – Malaysia Naik 36 Peratus Tahun Kewangan 2021-2022

Perdagangan Victoria, Australia – Malaysia Naik 36 Peratus Tahun Kewangan 2021-2022

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Mac 2023 15:39

PERDAGANGAN dua hala Victoria, Australia dengan Malaysia telah meningkat kepada 36 peratus (AUD$1.24 bilion) pada tahun kewangan 2021-2022, berbanding tahun sebelumnya.

 

Ini memandangkan Malaysia merupakan rakan dagang dua hala ke lapan terbesar dengan Victoria.

Peningkatan besarnya dilihat dalam import Malaysia, dengan nilai import petroleum mentah dan bertapis dari Malaysia ke Victoria meningkat 93 peratus (AUD$912 juta).

Manakala, import utama Malaysia dari Victoria adalah produk tenusu berjumlah AUD$110 juta, “refined petroleum” berjumlah AUD$94 juta dan gandum pula AUD$77 juta.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Australia, Marzita Marzuki yang akan bertukar keluar menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand pada minggu ini kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Crown Towers Melbourne.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan disiarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kangar hari ini.

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke Melbourne untuk menghadiri majlis graduasi anakanda puteri kedua baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail yang tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pengurusan) di Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University dari 2018 hingga 2021 lalu, namun istiadat konvokesyen tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Berangkat sama anakanda puteri sulung Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan anakanda putera bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan tambahan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ yang diterima oleh Konsul Muda, Mohd Adham Yahaya.

Pada tahun 2019, Malaysia merekod pendaftaran pelajar antarabangsa ketiga terbesar di Victoria dan sumber pelawat semalaman antarabangsa ketujuh terbesar.

Untuk rekod, Malaysia telah membuka pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne, Victoria pada Mei 2011 iaitu selepas lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Melbourne pada 11 Mac 2011.

Ini diikuti dengan ketibaan Konsul Jeneral yang pertama pada 26 Jun 2011 dan beroperasi buat sementara waktu di Malaysia Hall sebelum berpindah ke premis tetap di Aras 1, 432, St. Kilda Road Melbourne. 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE