Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Komited Laksana Inisiatif Bantuan Kurangkan Jurang Kemiskinan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Komited Laksana Inisiatif Bantuan Kurangkan Jurang Kemiskinan – Raja Muda Perlis

MAIPs Komited Laksana Inisiatif Bantuan Kurangkan Jurang Kemiskinan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 28 Februari 2023 15:03

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa komited untuk terus cuba dengan sebaik mungkin bagi melaksanakan segala inisiatif bantuan yang dapat menyumbang kepada pengurangan jurang kemiskinan, pengukuhan komuniti lestari serta cuba menyediakan akses kepada kehidupan bersih, sihat dan sempurna bagi golongan asnaf di negeri ini.

 

 

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat kepada MAIPs kepada 140 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama, Kangar dan Masjid Al-Amin, Kampung Sempering, Kangar baru-baru ini.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang daripada MAIPs dengan jumlah sebanyak RM98,000 dalam program yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama, Kangar tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, dengan kepesatan teknologi dan medium penyampaian maklumat, pelbagai kaedah dan cara wajar digunakan oleh pihak MAIPs untuk cuba mempercepatkan lagi penyaluran maklumat bagi menyegerakan tindakan turun padang terutamanya bagi tujuan melaksanakan taksiran anggaran bantuan yang diperlukan khususnya bagi kes-kes yang amat mendesak”.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE