Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Fahami Erti Sebenar Integriti – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Fahami Erti Sebenar Integriti – Raja Muda Perlis

Fahami Erti Sebenar Integriti – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 Februari 2023 10:51

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat lebih memahami pengertian integriti yang sebenarnya di mana jangan hanya mengaitkan ia dengan rasuah semata-mata.

 

Titah Baginda, sebenarnya integriti itu membawa maksud lebih meluas di mana ia merangkumi tatakelakuan yang melibatkan isu-isu nilai, etika dan pegangan agama seseorang.

Secara ringkasnya titah Baginda integriti boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti organisasi.

“Integriti individu adalah merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi,” titah Baginda.

Ini bermakna titah Baginda integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

“Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik,” titah Baginda.

Titah Bagjnda, kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehinggalah menjadi satu kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi atau ‘corporate culture’.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjejaki dan menyantuni asnaf di sekitar kawasan Kayang baru-baru ini.

 

Raja Muda juga menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih.

Ia terdiri daripada Salmah Hassan 62, Miss Jehyoh, 63 dan Sepiah Seman, 81 tahun di rumah masing-masing.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE