Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KBS cuba penuhi impian NSA miliki pusat latihan sendiri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
KBS cuba penuhi impian NSA miliki pusat latihan sendiri

KBS cuba penuhi impian NSA miliki pusat latihan sendiri

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 Februari 2023 09:26

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) mempunyai kemudahan pusat latihan khas sendiri.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata pihaknya ketika ini sedang mengenal pasti semua infrastruktur sukan milik KBS dan akan menyesuaikannya untuk dijadikan sebagai pusat latihan bagi NSA. 

"Ketika sesi 'townhall' sebelum ini, banyak persatuan apabila kita tanya, mereka menyuarakan hasrat untuk mempunyai pusat latihan sendiri. Jadi, kita sedang menyenaraikan padang-padang milik KBS dan kemudian kita akan sesuaikan dengan persatuan sukan yang terbabit.

"Ini adalah usaha yang sedang kita lakukan untuk memastikan semua persatuan sukan kebangsaan mempunyai pusat latihan sendiri kalau boleh… ini supaya tempat infrastruktur sukan ini tidak dibazirkan," kata Hannah ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata KBS akan menyalurkan peruntukan kewangan kepada BMF di atas penganjuran liga berkenaan yang julung kali diadakan di negara ini namun jumlahnya masih lagi dalam perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, Presiden BFM, Sazali Husain, berkata seramai lapan pasukan akan beraksi dalam saingan NBL musim ini membabitkan penyertaan Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Sejak penubuhan BFM lebih 20 tahun yang lalu, inilah kali pertama Liga Besbol Kebangsaan diperkenalkan. Untuk edisi pertama kali ini, lapan pasukan negeri akan bertanding bagi dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan yang akan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM5,000," katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE