Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Februari 2023 08:33

Kuala Lumpur: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara di sini.

Kali terakhir mesyuarat ini diadakan adalah pada 29 dan 30 November tahun lalu yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Terdahulu, sebelum mempengerusikan mesyuarat yang bermula kira-kira 10.45 pagi itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi tiga pegawai dan 103 anggota tentera terdiri daripada pelbagai pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenaan menanam pokok sepang di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik baginda mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyaksikan majlis penanaman pokok itu.

 
 

KKU dan majlis penanaman pokok itu ialah cetusan idea Al-Sultan Abdullah dan tidak pernah diadakan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

KKU diadakan julung kalinya pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-254, manakala majlis penanaman pokok kali pertama dilangsungkan pada mesyuarat kali ke-255.

Turut berangkat ke mesyuarat ke-261 yang berlangsung dua hari bermula hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Johor Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Pada mesyuarat berkenaan, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri sementara Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

 

Sumber: Harian Metro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE