Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pembinaan Generasi Ilmuan Islam Mampu Kembalikan Ketamadunan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pembinaan Generasi Ilmuan Islam Mampu Kembalikan Ketamadunan

/ Archive MAIPs / Sabtu, 03 Disember 2016 08:28

KANDY (Sri Lanka), 3 Dis 2016 (SABTU) - Pembinaan generasi ilmuan Islam yang cemerlang akan mengembalikan ketamadunan Islam yang suatu ketika dahulu begitu agung, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bertitah ketamadunan yang hebat akan lebih bermakna jika para ilmuan Islam memberi keseimbangan antara sudut duniawi dan ukhrawi

Bertitah pada pertemuan dengan para pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Islam di Sri Lanka di sini malam tadi, baginda yakin cabaran mengembalikan ketamadun itu akan tercapai kerana Islam adalah agama ketamadunan.


"Umat Islam terdahulu membuktikan kegemilangan mereka membina tamadun yang hebat apabila menghasilkan penemuan penting dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu termasuk sains, perubatan dan matematik di samping kecemerlangan bahasa, sastera dan falsafah," titah baginda.

Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu bertitah umat Islam juga perlu bersungguh-sungguh membudayakan penyelidikan dan inovasi yang akan menjadi landasan yang relevan ke arah pembinaan ketamadunan dunia kerana Islam tidak pernah menolak kemajuan.

Pada majlis itu, baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs sebanyak RM500 setiap seorang kepada 12 pelajar Malaysia yang menuntut dalam bidang syariah dan pengajian al-Quran dari Madrasah Darul Uloom Al-Hashimmiyah dan Madrasah Darul Uloom Al-Hassaniyah yang beroperasi di sekitar Kandy.

Ketika ditemui Bernama, seorang pelajar, Abu Talha Jamaluddin, 23, yang berasal dari Jelutong, Pulau Pinang, berkata beliau menempuh pelbagai cabaran untuk menuntut ilmu termasuk terpaksa meninggalkan pengajian agama yang diikuti selama tiga tahun di Madrasah Darul Uloom Zakaria di Afrika Selatan kerana masalah perundangan dan memilih Sri Lanka untuk melanjutkan pengajiannya.

Beliau juga bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perbankan Islam selepas tamat pengajian di madrasah Darul Uloom Al-Hashimmiyiah dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.

Abu Talha berkata beliau tetap berusaha untuk memenuhi cita-citanya dalam perbankan Islam kerana mahu menjadi umat Islam yang seimbang dalam pemburuan ilmu serta memanfaatkan segala ilmu yang dimilikinya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Wan Zaidi Wan Abdullah dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE