Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs agih RM20 juta perkasa institusi pendidikan Islam Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs agih RM20 juta perkasa institusi pendidikan Islam Perlis

MAIPs agih RM20 juta perkasa institusi pendidikan Islam Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 Februari 2023 15:45

KANGAR: Sekitar RM20 juta telah diagihkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tujuan sumbangan operasi membabitkan institusi-institusi pendidikan Islam negeri ini sepanjang tahun lalu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sumbangan tersebut membabitkan sekolah-sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs, MAIPs sentiasa komited memberikan penumpuan kepada agenda pemantapan pendidikan Islam di negeri ini.

 
 

“Pendidikan Islam perlu diangkat sewajarnya, sesuai dengan matlamatnya dalam mengimbangi wahyu dan akal seperti yang diajarkan al-Quran dan al-Sunnah,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 97 asnaf dalam kalangan anak kariah Kampung Jejawi Dalam dan Kampung Jejawi Sungai Adam di Masjid Al-Hasan, Kampung Jejawi Dalam di sini hari ini.

Para asnaf menerima RM700 setiap seorang membabitkan jumlah keseluruhan RM67,900.

Sempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menerima mengadap Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamri Mohd Shafik dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Mohd Anuar Abd Ghani yang melaksanakan Konvensyen Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) Jakim dan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) MAIPs.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang mengiringi baginda memaklumkan, sebagai usaha memantapkan lagi pendidikan Islam di peringkat rendah, MAIPs juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4.2 juta melalui JAIPs.

“Ia bagi tujuan pelaksanaan Program Sekolah SAPPs, Tadika Islam Perlis dan Program Pemantapan Pendidikan Islam bagi tahun 2023,” katanya.

Sebagai rekod, Jakim telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi pembiayaan emolumen 740 orang guru Kafa di seluruh negeri ini.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE