Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RM7.219 juta MAIPS salur zakat bagi bantuan persekolahan 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RM7.219 juta MAIPS salur zakat bagi bantuan persekolahan 2023

RM7.219 juta MAIPS salur zakat bagi bantuan persekolahan 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 Februari 2023 15:43

PERLIS, 18 Februari - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan zakat untuk Bantuan Persekolahan MAIPs bagi tahun ini sebanyak RM7,219,800 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM7,257,000.

Agihan berkenaan akan memberikan manfaat kepada 10,314 orang pelajar merangkumi 6,252 orang pelajar sekolah rendah dan 4,062 orang pelajar sekolah menengah di seluruh Perlis.

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap pelajar akan menerima agihan sumbangan RM700 yang disalurkan melalui kerjasama pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di 103 buah sekolah di seluruh negeri ini.

"Sumbangan berkenaan merangkumi bantuan-bantuan seperti RM300 untuk pembelian pakaian sekolah dan alat tulis yang akan diuruskan oleh pihak sekolah iaitu Muraqib Amil, RM100 untuk sumbangan tunai, dan RM300 lagi untuk pelaksanaan aktiviti kecemerlangan pendidikan dan sahsiah yang akan ditadbir oleh pihak Pengurusan Sekolah melalui kerjasama PIBG dengan saranan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis," titah baginda ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan MAIPs, Tahun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Yang DiPertua MAIPs menitahkan ucapan terima kasih kepada pengurusan sekolah terutamanya Pengetua dan Guru Besar, barisan guru serta Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri Perlis yang turut sama menjayakan proses mengenal pasti dan melaksanakan agihan bantuan kepada pelajar yang terpilih.

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE