Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Guru Agama Perlu Dalami Ilmu Hadis- Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Guru Agama Perlu Dalami Ilmu Hadis- Raja Muda Perlis

Guru Agama Perlu Dalami Ilmu Hadis- Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 Februari 2023 17:18

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar guru agama di negeri ini mendalami ilmu hadis supaya segala maklumat yang disampaikan adalah benar.

 

"Tugas guru agama bukan sekadar mengetahui sesuatu hadis dan kemudian terus diajar kepada masyarakat, tetapi pada masa sama nilailah hadis tersebut supaya apa yang diamalkan itu benar," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis anjuran Jabatan Mufti Negeri bersama MAIPs dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Auditorium KUIPs di sini.

Tuanku Syed Faizuddin, merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah melihat kepada kepentingan itu, Jabatan Mufti Negeri, KUIPs dan badan-badan agama yang lain di negeri ini mengorak langkah menganjurkan program keagamaan seperti ini dalam menyedarkan masyarakat tentang keperluan mempelajari ilmu agama melalui sumber yang sahih.

Sempena majlis berkenaan baginda turut berkenan melancarkan Buku Himpunan 50 Tazkirah terbitan Jabatan Mufti Negeri dan tarikh Perkampungan Sunnah Siri ke 8/2023 pada penghujung Mei ini.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE