Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah guru agama tingkatkan pengetahuan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah guru agama tingkatkan pengetahuan

Raja Muda Perlis titah guru agama tingkatkan pengetahuan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 Februari 2023 15:16

KUALA PERLIS, 17 Februari- Golongan guru agama di Perlis sewajarnya sentiasa berusaha dalam mempertingkat kemampuan diri untuk mempelajari ilmu-ilmu hadis supaya maklumat yang disampaikan adalah benar.

Tugas guru agama bukan sekadar mengetahui sesuatu hadis dan terus diajar kepada masyarakat tetapi pada masa yang sama perlu menilai status sesuatu hadis tersebut supaya apa yang diamalkan itu benar-benar daripada petunjuk Allah SWT dan Rasul.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penganjuran Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis mampu menyedarkan masyarakat tentang keperluan mempelajari ilmu agama melalui sumber-sumber yang sahih.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis yang diadakan di Auditorium Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah))

Sempena majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddi turut berkenan melancarkan Buku Himpunan 50 Tazkirah yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri dan Pelancaran Tarikh Perkampungan Sunnah Siri ke 8 pada penghujung bulan Mei 2023 ini.

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE