Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda berkenan anugerah Bintang dan Pingat Pengakap Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda berkenan anugerah Bintang dan Pingat Pengakap Perlis

Raja Muda berkenan anugerah Bintang dan Pingat Pengakap Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 Februari 2023 15:26

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis 2023 di Dewan Serbaguna , Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menganugerahkan Bintang-bintang dan Pingat-pingat Pengakap Perlis kepada seramai 143 ahlinya termasuk lima penerima dari Thailand kerana jasa dan khidmat bakti mereka kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis dan juga Pergerakan Pengakap.

 

Keberangkatan tiba Baginda selaku Presiden DiRaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis disambut oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasarudin Shamsudin dan Ketua Pesuruhjaya l Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis, Dr. Azmi Abdullah.

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti; Naib Yang DiPertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Zamani Tambichek serta Pengurusan Tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis yang lain.

 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, “Untuk melatih generasi muda iaitu ahli-ahli Pengakap yang berada di sekolah, kita perlu terus memperkasa kemahiran kepimpinan kepada para pemimpin Pengakap,”.

Titah Baginda, guru-guru Pengakap di sekolah perlu diberi pendedahan dan latihan kepimpinan untuk meningkatkan lagi kompetensi mereka.

Baginda bertitah, latihan kepimpinan juga mestilah selari dengan perkembangan pendidikan masa kini.

 

 

“Jabatan Pendidikan Negeri diseru untuk terus menerus memberi sokongan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan ilmu kemahiran kepimpinan untuk guru-guru Pengakap yang berada di sekolah,” titah Baginda.

Tuanku Raja Muda dalam titah juga berharap supaya diberikan perhatian terhadap pembangunan Kem Pengakap di Jalan Sungai Batu Pahat.

Titah Bagjnda, Persekutuan Pengakap Negeri Perlis telah bertapak di situ melebihi 50 tahun dan kem itu juga sering digunakan bagi aktiviti perkhemahan ahli-ahli pengakap daripada kalangan pelajar sekolah negeri Perlis dan juga dari luar negeri ini.

“Dengan infrastruktur yang kurang sempurna dan penyelenggaraan yang terhad, aktiviti-aktiviti di situ tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya dan satu kebimbangan ianya boleh membahayakan pengguna kem tersebut,” titah
Baginda.

Titah Tuanku Syed Faizuddin lagi, kejayaan sesebuah organisasi memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya seperti Pergerakan Pengakap ini.

Baginda menyeru kepada semua pihak agar dapat bersama-sama membantu memajukan pergerakan Pengakap di Negeri Perlis ini, demi mencurahkan bakti kepada anak-anak Pengakap kita.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE