Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs, majlis agama Islam pertama terima Anugerah Presiden MIP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs, majlis agama Islam pertama terima Anugerah Presiden MIP

MAIPs, majlis agama Islam pertama terima Anugerah Presiden MIP

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 31 Januari 2023 11:09

KANGAR, 31 Jan (Bernama) -- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjadi majlis agama Islam pertama di negara ini yang menerima Anugerah Presiden sempena Majlis Anugerah Perancangan Cemerlang daripada Institut Perancang Bandar Malaysia (MIP) baru-baru ini.

MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini menyebut anugerah tersebut diterima melalui inisiatif Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dinobatkan projek transformasi berimpak tinggi membantu komuniti.

“’Usaha murni tersebut dijayakan oleh pihak MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK), pelbagai agensi negeri dan Persekutuan, pihak swasta serta individu perseorangan termasuklah anggota masyarakat setempat,” menurut kenyataan tersebut.

Penyerahan trofi dan sijil anugerah berkenaan telah dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs dan juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis sebelum Persidangan MAIPs 2023, semalam.

Menurut kenyataan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor telah hadir menerima anugerah berkenaan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohd Nazim berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna bagi MAIPs dan merupakan inisiatif dan teraju Tuanku Raja Muda Perlis sendiri dan puteri sulung baginda Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang sentiasa komited dalam memastikan Projek DiRaja berkenaan menjadi kenyataan.

 “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama MAIPs dan YTSP Perlis secara langsung mahupun tidak langsung khususnya kepada para penaja dan juga masyarakat setempat dan berharap sokongan padu tersebut akan berterusan di masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan itu.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE