Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mahasiswa perlu jadi sukarelawan sebagai ilmu luar kelas – Raja Muda

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Mahasiswa perlu jadi sukarelawan sebagai ilmu luar kelas – Raja Muda

Mahasiswa perlu jadi sukarelawan sebagai ilmu luar kelas – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 25 January 2023 11:46

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya para mahasiswa berusaha untuk menambah ilmu di luar kelas menerusi penglibatan dengan aktiviti sukarelawan.

Baginda bertitah, gunakanlah peluang mempelajari ilmu di luar kelas seperti mengikuti aktiviti kelab atau persatuan serta program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR).

Titah Baginda, ini berikutan pelbagai program sukarelawan dianjurkan seperti membantu mangsa banjir, aktiviti di masjid-masjid dan rumah ibadat, serta program motivasi atau aktiviti pembangunan sukan di sekolah-sekolah.

“Penglibatan masing-masing ini diharap akan mampu memberi nilai tambah sebagai mahasiswa yang serba lengkap apabila bergraduasi kelak,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa wang tunai RM700, beras serta kotak makanan pada setiap seorang kepada tiga keluarga asnaf terpilih di rumah masing-masing.

Aishah Saad, 84, menetap dalam sebuah keluarga seramai lapan orang, Che Mas Bu Saidin, 87, tahun pula mempunyai masalah kesihatan dan begitu juga Abu Bakar @ Mat Zain Abdullah, 84.

Kesemua penerima tinggal dalam kariah Masjid Al-Hidayah, Kampung Titi Beratap, Simpang Empat.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs tersebut sempena program rutin kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ yang diketuai Baginda. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE