Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs juga berperanan dalam misi pendidikan – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs juga berperanan dalam misi pendidikan – Raja Muda Perlis

MAIPs juga berperanan dalam misi pendidikan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 20 January 2023 09:33

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga berperanan bagi menjayakan misi pendidikan selari dengan matlamat Perlis sebagai negeri ilmu.

Baginda juga mengulangi komitmen bahawa MAIPs akan terus prihatin tentang perkembangan dan keperluan pendidikan khasnya sekolah agama rakyat di negeri ini.


Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM8,000 sempena Program Hijrah Minda Bilangan 2 Bagi Tahun 2023 kepada 20 asnaf terpilih dalam kariah Masjid Shahrani, Behor Lateh, Kangar.

Masing-masing menerima RM400 setiap seorang.

Baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan amil kariah, Mohizan Mohammad.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang DiPertua MAIPs juga berharap agar guru-guru akan terus mencetuskan perubahan dan menjadi golongan yang berimpak tinggi dalam masyarakat.

“Ini adalah kerana sesungguhnya peranan guru sebagai murabbi ummat sangat mustahak bagi melahirkan masyarakat yang berilmu,” titah Baginda.

 

 

Di majlis yang sama Raja Muda berkenan menyerahkan replika kunci sebuah rumah baharu sumbangan MAIPs kepada Haslinda Mohamad atas cadangan Jawatankuasa Kariah masjid berkenaan.

Selesai program, Baginda berkenan menyantuni rumah asnaf, Dahaman Mohamad, 84, di Kampung Behor Lateh.

Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal seorang diri ini menerima sumbangan zakat MAIPs yang disampaikan oleh Baginda.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE