Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis, Raja Perempuan, Raja Muda berkenan berangkat santapan malam golf KGP, RSGC n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Perlis, Raja Perempuan, Raja Muda berkenan berangkat santapan malam golf KGP, RSGC

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 20 Januari 2023 09:30

RAJA  Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri majlis santapan malam dan penyampaian hadiah sempena Perlawanan Golf Antara Pasukan Pilihan DYMM Tuanku Raja Perlis dari Kelab Golf Putra (KGP) Perlis melawan Pasukan Pilihan Senior Golfers dari Royal Selangor Golf Club (RSGC) Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Ketua Pasukan RSGC, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman di Hotel Seri Malaysia Kangar, malam tadi.

 

Berkenan berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Presiden KGP Perlis dan anakanda-anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Tan Sri Abdul Rahim dalam ucapan memaklumkan 24 pemain pasukannya yang dikenali ‘The Bunker Busters’ teruja dengan keindahan pemandangan alam semulajadi di lapangan golf Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat, Kangar.

Pasukan beliau dibarisi oleh bekas tokoh-tokoh penjawat awam dan Angkatan Tentera Malaysia serta juga ahli-ahli koporat yang berada selama tiga hari dua malam di Perlis bagi sama-sama membantu menggiatkan lagi sektor pelancongan-sukan di negeri ini.

 

Selain bermain golf mereka yang diiringi isteri masing-masing turut meluangkan masa melawat lokasi-lokasi menarik di negeri ini termasuklah Superfruits Valley di Chuping.

Pemenang hadiah utama bagi Pasukan ‘Bunker Busters’ adalah Shahidan Nordin (Pertama), Tan Sri Adam Kadir (Kedua) dan Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Mohd Yunus Tasi.

Manakala bagi pasukan tuan rumah pula Hairul Aaril Ahmad (Pertama), Azaman Darus (Kedua) dan Datuk Zambri Ahmad (Ketiga).

Pada malam sebelumnya, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda turut berkenan berangkat meraikan pasukan pelawat tersebut dalam satu majlis santapan malam di Restoran Hai Tien Kuala Perlis.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE