Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pekan Lama Arau bakal berubah wajah, berpotensi jadi tarikan pelancong

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Pekan Lama Arau bakal berubah wajah, berpotensi jadi tarikan pelancong

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 16 January 2023 09:12

ARAU: Pekan Lama Arau yang mempunyai rumah-rumah kedai merangkumi kepelbagaian kaum berpontesi menjadi salah satu produk pelancongan baharu di negeri ini menerusi pelaksanaan Projek Diraja Transformasi Komuniti Pekan Lama Kota Raja Arau.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelaksanaan pembangunan projek berkenaan dijangka mengambil masa dua tahun dan berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke kawasan berkenaan.

Titah baginda, peniaga dan pemilik kedai di kawasan berkenaan juga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam membantu memastikan pembangunan di Pekan Lama Arau itu dapat direalisasikan selepas ini.

 
 

“Kawasan ini boleh dibangunkan semula untuk menarik pelancong dengan memberi penekanan terhadap aspek kebersihan, pengurusan sampah, lalu lintas, pengindahan dan sebagainya,” titah baginda selepas berkenan merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina Pekan Lama Arau di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis berkenaan, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda-anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah; Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar bersama masyarakat Cina pada majlis perasmian Karnival Tahun Baharu Cina Pekan Lama Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, keluasan kawasan itu juga tidak terlalu besar untuk diuruskan dan mempunyai peniaga berbilang kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

“Beta berharap agar usaha bagi membangunkan kawasan ini tidak terhenti malah selepas ini pihak berkaitan perlu duduk bersama dan bincang semula secara lebih teliti,” titah baginda.

Titah baginda, Pekan Lama Arau itu boleh dibangunkan semula sebagaimana Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai yang kini semakin menjadi tumpuan pengunjung luar.

“Jika projek transformasi di sana boleh berjaya, di Pekan Lama Arau ini juga dapat melakukan perkara sama dengan keunikan tersendiri,” titahnya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE