Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hakim Syarie perlu kaji bidangkuasa Mahkamah Syariah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Hakim Syarie perlu kaji bidangkuasa Mahkamah Syariah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 16 Januari 2023 09:04

HAKIM-hakim Syarie harus bersedia meneroka dan membuat kajian undang-undang khususnya bagi perkara-perkara berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai contoh, di bawah Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, telah diperuntukkan perkara berkaitan “pengangkatan”, tetapi mahkamah Syariah tidak diperuntukkan kuasa di bawah undang-undang negeri untuk mendengar kes pengangkatan orang-orang Islam, kecuali di Sabah.

 

Mungkin sudah tiba masanya untuk Mahkamah Syariah melaksanakan tugas ini.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menerima kunjungan mengadap Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarienya baharu, YAA Jaidi Ahmad di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau.

Hadir sama pegawai-pegawai kanan lJKSNPs, Hakim Mahkamah Tinggi YA Mohamad Fauzi Ismail, Ketua Pendaftar
Mohd Abu Hassan Abdullah, Hakim Mahkamah Rendah Mohd Zaidi Abdullah dan Norzurairah Mat Yussof serta Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Nurul Wazeera Ahmad Dahalan.

Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 

Baginda turut dipersembah maklum Dokumen Statistik Kes Tahunan JKSNPs Bagi Tahun 2022.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Yang DiPertua MAIPs mengingatkan semua Hakim Syarie mesti menyediakan Alasan Penghakiman untuk setiap kes yang dibicarakan.

Alasan Penghakiman yang disediakan hendaklah berkualiti, mempunyai otoriti yang kuat dan terkini dari segi undang-undang dan hukum syarak, supaya ianya akan menjadi rujukan kepada Hakim Syarie di negeri Perlis dan negeri-negeri yang lain serta juga pengamal undang-undang di negara ini.

Alasan Penghakiman ini adalah penting agar pihak-pihak di dalam perbicaraan faham dan jelas dengan keputusan yang diberikan oleh Hakim Syarie.

Kefahaman pihak-pihak ini akan menimbulkan rasa puas hati dan senang dengan pelaksanaan sistem perundangan dan kehakiman syariah.

Tidak lagi timbul isu Hakim Syarie tidak telus, rasuah dan sebagainya’;

Raja Muda juga berharap supaya Alasan Penghakiman yang terbaik harus dan wajar disiarkan di laman web rasmi JKSNPs supaya masyarakat umum dapat mengambil iktibar daripada sebarang kes tersebut.

Nama dan alamat pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan tidak perlulah didedahkan. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE