Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat harap kestabilan politik – Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Rakyat harap kestabilan politik – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 16 January 2023 09:02

ARAU : Kerajaan yang stabil dan kuat adalah kunci kepada kesejahteraan kehidupan rakyat sekali gus dapat memacu kewujudan sebuah negara bangsa yang gemilang.

 
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, apa yang diharapkan oleh rakyat adalah kestabilan politik yang dapat membawa kepada kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat di negara ini.

Dalam masa sama, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengulangi titah agar isu-isu sensitif tidak terus dijadikan modal politik untuk menjadi popular sehingga mampu menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.

 
 

“Kerajaan yang stabil dan kuat adalah kunci kepada kesejahteraan kehidupan rakyat,” titah baginda selepas berkenan menerima sembah mengadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di Balai Menghadap Biru Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mendengar taklimat tentang Mushaf al-Quran Al-Karim Penandaan Waqaf Ibtida’ Dan Tajwid Berwarna’ edisi terbaru diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang merupakan naskhah contoh serta rujukan utama kepada industri pencetakan al-Quran dan masyarakat Islam di Malaysia.

Dalam pada pada itu, baginda bertitah agar perhatian diberikan kepada mereka yang tidak faham Bahasa Arab ketika membaca al-Quran.

Baginda turut dipersembah maklum mengenai hasrat Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk menerbitkan ‘Mushaf Al-Quran Sirajuddin’ berserta terjemahan Bahasa Melayu.

Satu pasukan penterjemah yang terdiri dari tokoh-tokoh tafsir al-Quran akan diwujudkan di bawah seliaan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta bakal mendapat kerjasama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti mana yang termaktub dalam Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan apabila siap kelak akan diangkat naik untuk kelulusan kementerian tersebut.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE