Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat Islam diseru tunai kewajipan zakat, wakaf – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Masyarakat Islam diseru tunai kewajipan zakat, wakaf – Raja Muda Perlis

Masyarakat Islam diseru tunai kewajipan zakat, wakaf – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 09 December 2022 09:31

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh masyarakat Islam di negeri ini agar dapat menunaikan kewajipan ibadah zakat, wakaf dan sedekah.

Selain itu, baginda bertitah, masyarakat Islam juga disaran agar dapat memberikan sumbangan bagi menyucikan harta tidak patuh syariah menerusi Tabung Bara’atuz-Zimmah (t-BAZ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Terdapat pelbagai saluran lain turut disediakan MAIPs untuk memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan mereka sebelum akhir tahun ini,” titah baginda sewaktu berangkat melancarkan Kempen Nihayatul Am Pembayaran Zakat, Wakaf dan Sedekah MAIPs 2022, di sini hari ini.

Simbolik pelancaran kempen tersebut berlangsung di Pulau Batu Layang yang terletak di perairan Kuala Sungai Baru dan menjadi salah satu destinasi pelancongan terbaharu serta lokasi memancing menarik di Perlis. 

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor bersama ketua-ketua jabatan lain.

Pulau Batu Layang menjadi tarikan pelancongan memandangkan ia adalah lokasi hijrah sementara ikan lumba-lumba berikutan mempunyai sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang. 

Malah, pulau itu juga merupakan tumpuan pemancing dan turut menyajikan pemandangan indah khususnya sewaktu matahari terbenam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kempen itu, Mohd Nazim berkata, semua masyarakat Islam perlu merebut peluang yang ada bagi melaksanakan segera ibadah zakat dan wakaf sebelum berakhirnya tahun 2022.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran secara mudah melalui kaedah dalam talian atau di kaunter zakat dan wakaf MAIPs serta menerusi amil zakat yang dilantik. 

“Bagi maklumat lanjut, mereka boleh melayari laman web rasmi MAIPs di www.maips.gov.my,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE