Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Profesional, Anak Jati Perlis Diseru Berbakti Bangunkan Transformasi Negeri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Profesional, Anak Jati Perlis Diseru Berbakti Bangunkan Transformasi Negeri

/ Archive MAIPs / Jumaat, 12 Ogos 2016 08:28

KANGAR, 12 Ogos 2016 (JUMAAT) - Golongan profesional dan intelektual di negeri ini terutamanya anak jati Perlis diseru agar turut menggembleng tenaga memberi komitmen dalam merencana serta melaksana transformasi pembangunan di negeri kelahiran mereka.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah untuk mencapai tahap negeri maju, komitmen itu turut perlu digalas bersama secara komited oleh segenap peringkat perkhidmatan awam termasuk anggota masyarakat serta agensi swasta.

"Perlis berpotensi besar dalam pelbagai aspek selain ekonomi, infrastruktur, sosial, pelancongan dan pendidikan. Namun, ia hanya boleh dicungkil melalui penggemblengan ilmu, pengalaman, kerjasama dan tenaga pelbagai pihak termasuk badan-badan korporat dari dalam dan luar Perlis," titah baginda.  

Raja Muda bertitah menerusi satu kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini, hari ini sempena Majlis Apresiasi Sisipan Akhbar Khas Ulangtahun Keputeraan ke-73 DYMM Tuanku Raja Perlis 2016. Majlis berkenaan telah berlangsung di Balai PERSIBAN Agung, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang petang semalam.  Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Keberangkatan baginda berdua dan puteri kedua disambut Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman, hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ahmad Zamri Khairuddin. Tuanku Syed Faizzudin bertitah semua agensi khususnya yang beroperasi di Perlis diharap akan terus memainkan peranan menjana inovasi, kreativiti dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing serta menyokong matlamat menjadikan Perlis negeri berpendapatan tinggi selain mewujudkan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan. 

Melalui Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 atau dikenali sebagai 'RSN Perlis' menggariskan dasar perancangan jangka panjang pembangunan Perlis dan strategi berterusan dalam mencapai taraf 'Negeri Bandaraya' menjelang 2030, titah baginda. 

Sehubungan itu, segenap peringkat pelaksana terutama penjawat awam termasuk seluruh rakyat Perlis umumnya perlu berusaha membawa kemajuan ekonomi dan sosial negeri.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE