Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis buat solat jenazah ghaib Yusuf al-Qaradawi

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Perlis buat solat jenazah ghaib Yusuf al-Qaradawi

Perlis buat solat jenazah ghaib Yusuf al-Qaradawi

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 28 September 2022 11:22

ARAU: Perlis akan melaksanakan solat jenazah ghaib di atas pemergian ulama tersohor dunia, Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi di seluruh masjid di negeri itu selepas solat Zohor esok.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memperkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas al-Imam al-'Allamah As-Syeikh Yusuf Al-Qaradawi Rahimahullah di masjid seluruh Negeri Perlis.

 

"Memandangkan solat jenazah ke atas Rahimahullah dimaklumkan akan dilaksanakan pada waktu Asar di Qatar pada hari ini maka pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas Rahimahullah di masjid seluruh Perlis adalah diselaraskan sejurus selepas solat Zuhur esok iaitu pada Rabu bersamaan 28 September.

 

"Sehubungan itu, adalah digalakkan kepada seluruh umat Islam di Perlis untuk menyertai solat berkenaan seperti yang diperkenankan berdasarkan Sunnah Baginda Rasulullah SAW," titah baginda.

Raja Perlis juga dijadualkan berangkat melaksanakan solat Zuhur dan solat jenazah ghaib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar seperti waktu yang ditetapkan.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) pernah bertemu tokoh ulama terkenal dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi ketika baginda berkunjung ke Qatar pada 2012. - Foto MAIPs
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) pernah bertemu tokoh ulama terkenal dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi ketika baginda berkunjung ke Qatar pada 2012. - Foto MAIPs

 

Semalam, dunia Islam dikejutkan dengan pemergian ulama terkenal dunia itu yang meninggal dunia pada usia 96 tahun.

 

Dr Yusuf al-Qaradawi dilahirkan di Mesir namun sudah menetap di Qatar sejak 2013 selain turut diberikan kerakyatan negara berkenaan.

 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE