Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SMA Almaad, TMUA diberi kebenaran sementara laksana solat Jumaat

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
SMA Almaad, TMUA diberi kebenaran sementara laksana solat Jumaat

SMA Almaad, TMUA diberi kebenaran sementara laksana solat Jumaat

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 28 September 2022 11:20

KANGAR: Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Kelima memutuskan Sekolah Menengah Agama (SMA) Almaad Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (TMUA) diberikan kebenaran sementara khas bagi melaksanakan solat Jumaat.

 

Keputusan persidangan yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 22 September lalu itu adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada proses renovasi yang sedang dilaksanakan di Kompleks Masjid Negeri Arau ketika ini.

 

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat bagi menyaksikan penyerahan Surat Kebenaran Menunaikan Solat Jumaat yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim kepada pengetua dua sekolah itu.

 

Baginda turut berkenan menunaikan solat Jumaat di Musolla Al-Irfan, SMA Almaad yang terletak di Bandar Diraja Arau.

 

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM400 kepada 29 orang asnaf terpilih yang diwakili amil Kariah Arau 1, Masjid Negeri Arau.

 

Turut berlangsung dalam majlis itu adalah penganjuran ceramah bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal dengan slogan ‘Perlis Hebat! Rakyat Hidup Bersih’ disampaikan oleh Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir dengan dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Selepas program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berangkat menyantuni seorang asnaf, Halim Lazim berusia, 55 di Kampung Titi Besi, Arau.

 

Halim merupakan salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan juga Bantuan Bencana MAIPs.

 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE