Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dilancar tingkat kemerlangan pendidikan di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dilancar tingkat kemerlangan pendidikan di Perlis

Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dilancar tingkat kemerlangan pendidikan di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 September 2022 15:55

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan penubuhan Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs, semalam.

FCoEE merupakan satu organisasi pusat kecemerlangan pendidikan yang diberi mandat dan amanah oleh MAIPs bagi membawa panji-panji kecemerlangan kepada pendidikan Perlis.

 

Antara strategi utamanya ialah untuk membangunkan pemikiran masyarakat dan kebitaraan Perlis melalui penganjuran program pendidikan dan perubahan minda khususnya kepada anak-anak, guru-guru dan ibu bapa melalui perantaraan sekolah.

 

Membawa tema “Pendidikan Efektif Alaf Baru”, gagasan ini dipercayai akan terus menjadi titik tolak kepada FCoEE yang membawa visi “Insentif Minda Pemangkin Bangsa”.

Pelancaran tersebut diadakan bersempena Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Negeri Perlis 2022’ yang disempurnakan oleh Baginda di Hotel Seri Malaysia Kangar.

 

Keberangkatan tiba Raja Muda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs merangkap Pengerusi FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang mengilhamkan pusat kecemerlangan ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti & Swasta (PIBKS) Perlis, Prof Madya Dr Abdul Jalil Ramli.

 

Menyentuh mengenai program yang dilaksanakan semalam bagi memantapkan lagi gabungan jentera pembangunan pendidikan negeri ini, Tuanku Syed Faizuddin dalam titahnya meminta kerjasama para waris agar peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah dan menyokong penuh sebarang perubahan yang dibawa ke arah kebaikan bersama.

 

Sesungguhnya titah Baginda, aliran arus perdana bersama pembawakan digitalisasi memerlukan kita lebih pantas memahami dan menggarap perubahan.

Titah Raja Muda, ‘FCoEE, PIBG dan pihak sekolah juga perlu sederap dan selangkah bersama-sama berusaha ke arah kecemerlangan sekolah yang diterajui masing-masing selaku YDP PIBG.

 

 

“Mencapai kejayaan seperti yang diimpikan bukan sesuatu yang mudah dan pastinya memerlukan pengorbanan serta komitmen pelbagai pihak,” titah Baginda.

 

Di akhir program Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat melawat reruai pameran sempena kursus yang julung kalinya dianjurkan.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE