Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sistem pendidikan perlu saling melengkapi – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sistem pendidikan perlu saling melengkapi – Raja Muda Perlis

Sistem pendidikan perlu saling melengkapi – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 September 2022 07:51

KANGAR: Sistem pendidikan masa kini perlu mewujudkan ekosistem yang saling melengkapi, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Titah baginda, pendidikan pada masa kini tidak hanya boleh dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sahaja, namun ia merupakan komitmen semua pihak khususnya organisasi yang boleh berfungsi sebagai sistem sokongan.

 

Baginda bertitah, sistem sokongan tersebut juga akan memberi lebih ruang bagi membangunkan guru yang mempunyai peribadi dan sikap yang positif, sekali gus berupaya juga membangunkan sikap positif murid. 

 

 

“Sekiranya wujud ekosistem sebegini maka objektif kita di negeri Perlis untuk menghasilkan rakyat yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan akan terlaksana,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 2022, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program berslogankan ‘#09Educators, ThinkBig 2022’ itu disambut oleh Pengarah JPN Perlis, Naharudeen Othman.

 

Turut hadir, Pengarah Urusan IX Ventura Tech Sdn. Bhd., Iliyas Jamil yang merupakan penaja pertandingan Gamified.

 

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah agar sistem pembelajaran berkonsepkan Pembelajaran Berasaskan Persekitaran wajar dilaksanakan.

 

“Konsep berkenaan di mana murid boleh belajar di mana-mana sahaja dan menggunakan pelbagai bahan yang mudah diakses.

 

“Sistem pendidikan kita juga kini telah beralih arah daripada berorientasikan pendidikan kepada berorientasikan pembelajaran,” titah baginda.

 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE