Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ATM Perlu Kerjasama Tingkat Kesedaran Masyarakat - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
ATM Perlu Kerjasama Tingkat Kesedaran Masyarakat - Raja Muda Perlis

ATM Perlu Kerjasama Tingkat Kesedaran Masyarakat - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 April 2019 08:20

KANGAR,  29 April 2019 (Isnin) - Peranan ahli masyarakat termasuklah pihak media amat diperlukan untuk membantu memperkenalkan lagi Rejimen Askar Wataniah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kepakaran yang dimiliki pengamal media dan teknologi maklumat yang menguasai dunia hari ini boleh digunakan untuk mewujudkan perkongsian pintar dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan bertindak sebagai ejen penerangan bagi mempromosikan lagi pasukan ini.

"Ini akan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai peranan tentera semasa perang dan semasa aman sekali gus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini terutamanya golongan belia dan remaja.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas selesainya ‘Persembahan Ketenteraman Awam (POPO)’ dan juga penyampaian hadiah di majlis penutupan ‘Perlis Marathon 2019’ yang disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan turut disaksikan ribuan penonton yang hadir.

Persembahan sempena ‘Latihan Sukarelawan Rejimen 504 Askar Wataniah, Bagi Tahun 2019’ yang menarik tersebut dilaksanakan oleh para anggota sukarelawan daripada Rejimen 504 Askar Wataniah di bawah bimbingan Timbalan Komander rejimen berkenaan, Lt Kol Mohd Zaidi Ishak di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra Kangar Sabtu lepas.

Pada kesempatan yang sama baginda mengucapkan penghargaan kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis dan juga pihak urus setia penganjur kerana memberi peluang kepada pihak rejimen untuk turut terlibat sama bersempena ‘Perlis Marathon 2019’ pada kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan berbanyak terima kasih kepada semua para peserta yang datang dari jauh dan dekat untuk mengambil bahagian dan semoga menyertainya lagi di tahun-tahun mendatang.

"Juga terima kasih kepada pihak PDRM, serta semua jabatan kerajaan, NGO, sukarelawan, para individu serta para penaja yang menjayakan Perlis Marathon ini," titah baginda.

Sebelum itu, pada sebelah paginya, Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan turut serta dalam acara larian lima kilometer ‘Fun Run’ dalam perlumbaan marathon berkenaan.

Terdahulu Raja Puan Muda Perlis telah berjaya menamatkan acara 21 kilometer yang bermula pada jam 1.30 pagi.

Perlis Marathon 2019 kali ini berjaya menarik seramai kira-kira 13,000 penyertaan dari seluruh negara walaupun tanpa kategori antarabangsa dipertandingkan tahun ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE