Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pekebun kecil getah peroleh RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang 2025 – RISDA

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pekebun kecil getah peroleh RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang 2025 – RISDA

Pekebun kecil getah peroleh RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang 2025 – RISDA

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 26 September 2022 07:49

PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memastikan setiap pekebun kecil memperoleh purata pendapatan kolektif RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2025.

Pengarah RISDA Perlis, Nor Afzami Isa berkata, ini selaras dengan objektif Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) Tahun 2021-2025.

Beliau berkata, RM1,500 daripada aktiviti kebun getah, RM2,500 daripada aktiviti keusahawanan dan RM500 daripada lain-lain hasil.

 

 

“Kini di Perlis terdapat 435 Usahawan Bimbingan RISDA yang giat aktif dalam menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang masing-masing iaitu dalam sektor makanan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Terbuka Keluarga RISDA Negeri Perlis 2022 di Kangar, petang semalam.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke majlis berkenaan. Baginda juga berkenan untuk merasmikan ‘Hevea Lounge’ jabatan berkenaan.

 

Kira-kira 300 orang pekebun kecil dan Usahawan Bimbingan RISDA Perlis hadir di majlis berkenaan.

 

Dalam pada itu, Nor Afzami juga berharap agar para pekebun kecil getah di negeri Perlis terus kekal dalam memastikan kebun-kebun getah tanam semula adalah mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP) dan diurus dengan baik sehingga boleh mengeluarkan hasil menjelang tempoh 4 1/2 ke 5 tahun.

 

 

 

“Pastikan kebun-kebun getah matang ditoreh bagi membantu meningkatkan pengeluaran getah negara,” katanya.

 

Tambahnya, inisiatif dan kaedah sistem penyampaian berkesan kepada masyarakat luar bandar khususnya pekebun kecil getah di negeri Perlis itu dianjurkan bertujuan untuk memastikan para pekebun kecil menerima maklumat yang cepat dan tepat berkaitan peranan dan fungsi RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings (KRH).

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE