Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ibu bapa perlu prihatin elak anak ditawar kerja luar negara ditipu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ibu bapa perlu prihatin elak anak ditawar kerja luar negara ditipu

Ibu bapa perlu prihatin elak anak ditawar kerja luar negara ditipu

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 23 September 2022 08:44

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya ibu bapa dan penjaga lebih prihatin dengan meneliti kesahihan tawaran kerja dari luar negara yang diterima oleh anak masing-masing bagi mengelak ditipu.

Baginda bertitah, ini kerana sindiket penipuan pekerjaan yang melibatkan rakyat negara ini semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, dalam titah Baginga berharap beringat supaya anak sendiri tidak menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara yang menyasar kepada golongan muda.

 

“Perkara tersebut perlu diambil perhatian memandangkan kes penipuan kerja di luar negara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga pihak kerajaan melalui Kedutaan Besar atau Pejabat Konsulat terpaksa campur tangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang tertipu,” titah Baginda.

 

“Pastikan bahawa tawaran kerja itu adalah telus, tidak mencurigakan dan tiada unsur penipuan serta memastikan tawaran kerja yang diberikan itu adalah logik dari segi gaji dan elaun termasuklah aspek-aspek kebajikan, ” titah Baginda.

 

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP Ke-16 di Laos dan Thailand  baru-baru ini.

Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM1,000 kepada Masjid Mirasuddeen yang terletak di Soi 20 Silom Road, Bangkok, Thailand.

 

Baginda berkenan menunaikan solat di masjid tersebut ketika singgah di ibu negara Gajah Putih itu sebelum pulang ke tanah air.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE