Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Guru Bertanggungjawab Pastikan Perlis Jadi Negeri Ilmu - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Guru Bertanggungjawab Pastikan Perlis Jadi Negeri Ilmu - Raja Muda Perlis

Guru Bertanggungjawab Pastikan Perlis Jadi Negeri Ilmu - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 April 2019 16:20

KANGAR, 26 April 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah guru hendaklah memberi kerjasama dan menyokong usaha kerajaan membangunkan bidang pendidikan supaya matlamat menjadikan Perlis negeri ilmu tercapai.

Baginda bertitah guru juga perlu sentiasa menggembleng tenaga dan mencurah idea bagi mewujudkan pasukan kerja yang mantap dan menjadi jentera penggerak ke arah kecemerlangan pendidikan negeri ini.

Bertepatan dengan tema Hari Guru tahun ini, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi“, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan, kesungguhan, pengorbanan dan dedikasi guru dalam melahirkan generasi pelapis untuk membangunkan negeri ini pada masa hadapan, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Perlis 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis di sini, hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Izmi Ismail.

Bagi mencapai hasrat itu, baginda berharap guru melipatgandakan usaha dan menggunakan kebijaksanaan, kreativiti dan inisiatif sendiri untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih bersifat interaktif dan mempunyai komunikasi dua hala.

Baginda seterusnya berharap golongan pendidik berusaha melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan serta mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi meningkatkan keberhasilan sekolah dan kecemerlangan murid.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2019 kepada pesara guru Zalina Ahmad, 61.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE