Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Rasmi Mahrajan Ihya Masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Rasmi Mahrajan Ihya Masjid

Raja Muda Perlis Rasmi Mahrajan Ihya Masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 April 2019 12:20

KANGAR, 26 April 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan program Mahrajan Ihya Masjid (Semarak Dakwah) yang diadakan di Masjid Alwi di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh AMMK Hal Ehwal Agama Islam, Ruzaini Rais dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr. Hazman Hassan.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan.

Program Ihya Masjid Semarak Dakwah secara mingguan dan telah berjaya diperlengkapkan pusingannya pada malam semalam. Pusingan paling baharu ini telah dimulakan pada 28 Julai 2016 meliputi 101 buah masjid kariah dan lapan musolla jumaat.

Dua ahli panel yang diundang hadir ialah Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Ustaz Mohamad Salehudin Datuk Paduka Mohamed. Ia dimoderatorkan oleh Imam Besar Negeri Perlis merangkap Ketua Penolong Pengarah Dakwah Dan Takmir JAIPs, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Mohd Asri berbicara mengenai isu-isu pengoperasian, cabaran serta cadangan penambahbaikan masjid-masjid di kampung berbanding yang terdapat di bandar manakala Mohamad Salehudin pula berkongsi mengajak umat menghidupkan amalan berfikir, bersosial, berkolaborasi, berkreativiti dan bertanggungjawab.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE