Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis zahir kebimbangan peningkatan kes kemiskinan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Perlis zahir kebimbangan peningkatan kes kemiskinan

Raja Perlis zahir kebimbangan peningkatan kes kemiskinan

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 10 August 2022 12:09

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar kemiskinan dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIR) di negeri ini akibat pandemik Covid-19 dan penyelarasan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu.

Baginda bertitah, berdasarkan data sistem e-Kasih hingga Julai 2022, bilangan KIR Miskin Tegar Perlis adalah sebanyak 3,992 orang manakala KIR Miskin 8,117 orang.

"Beta menyambut baik pelbagai program oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan ini.

"Antaranya, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia, Program Kasih Ibu Perlis, JomKerja@NCER, Program Peningkatan Ekonomi ASNAF MAIPs (Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Perlis), Dasar Bebas Niaga Perlis, program keusahawanan, pertanian, penternakan, latihan industri, pendidikan dan perumahan untuk golongan B40,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian pada Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-14 di Kompleks DUN Perlis pada Selasa.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, rakyat hendaklah memanfaatkan segala bantuan yang diterima dan berusaha memajukan taraf hidup dan pendapatan keluarga.

"Jadikanlah platform yang disediakan sebagai batu loncatan untuk memajukan diri. Janganlah berpeluk tubuh dan mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata,” titah baginda.

Raja Perlis bertitah, kerajaan juga perlu membantu rakyat yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan kerajaan.

"Beta yakin dengan hala tuju kerajaan negeri dalam sektor perumahan seperti yang terkandung dalam Dasar Perumahan Hartanah Negeri Perlis (DPHPs) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2022.

"Matlamat dan objektif DPHPs jelas, iaitu menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik. Program Perumahan Rakyat (PPR) juga akan diteruskan bagi golongan B40,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah peranan MAIPs perlu diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya serta berharap Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 yang mengandungi 23 inisiatif dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menjadi kenyataan.

Baginda turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa memelihara perpaduan dan kerukunan hidup bermasyarakat.

"Sentimen perkauman serta salah guna media sosial untuk menyebarkan hasutan, fitnah dan fahaman ekstremis perlu dikekang dan ditangani dengan segera demi mengelak perpecahan dan konflik dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Semoga perpaduan dan kestabilan di negeri ini terus kekal, rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni,” titah baginda.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE