Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ibu Bapa Perlu Cekal Didik Anak - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ibu Bapa Perlu Cekal Didik Anak - Raja Muda Perlis

Ibu Bapa Perlu Cekal Didik Anak - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 24 April 2019 08:20

KANGAR, 24 April 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa mendidik anak-anak adalah perkara mencabar kepada ramai ibu bapa.

Titah baginda, tidak ada seorang ibu atau bapa pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.

"Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat bahawa anak-anak adalah amanah daripada Allah untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti ‘kain’ yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya.

"Maka, ibu bapalah yang berhak mencorak dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu," demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan program ‘Op Sifar Cicir Sekolah Peringkat SMK Agama Perempuan Kangar, SK Stella Maris dan SK Jejawi yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra, Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program diraja ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf.

Seramai 280 orang asnaf terpilih menerima sumbangan daripada MAIPs di program itu.

Turut serta dalam program pada kali ini ialah seramai 40 orang pelajar tingkatan empat dan lima orang guru pengiring dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin (SMITA) Teluk Intan dan Mutiara Integrated Secondary School (MISS) Hulu Langat.

Sebelum mengakhiri program, baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan merasmikan Projek Peningkatan Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs berupa sebuah bengkel motorsikal milik Mohd Zamzuri Zakaria yang beroperasi sejak April 2018 di No 124 Kampung Sena Jalan Tok Paduka Kangar yang telah mendapat bantuan MAIPs berjumlah RM19,245 untuk tujuan bantuan bengkel dan juga bantuan modal sebelum ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE