MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU, 23 April 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan dukacita dan mengutuk siri letupan bom yang dilakukan pengganas ke atas orang awam di Colombo, Sri Lanka.
Baginda menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keji dan hina kerana ia tidak wajar berlaku sama sekali.
“Tidak ada mana-mana ajaran agama yang membenarkan tindakan jahat seperti itu, bahkan ia satu permusuhan terhadap Tuhan dan manusia serta alam keseluruhannya.
“Sebarang tindakan yang mengancam nyawa manusia tanpa sebab yang sah adalah musuh kemanusiaan dan agama.
“Atas apa nama sekali pun, tiada siapa boleh menjustifikasi tindakan ganas yang mengorbankan nyawa tanpa alasan yang benar,” titah baginda melalui kenyataan dikeluarkan Istana Arau hari ini.
Baginda bertitah, siri letupan di Colombo bukan satu malapetaka, sebaliknya satu bencana yang menimpa dunia keseluruhannya.
“Pelakunya adalah musuh Tuhan, manusia dan tidak berperikemanusiaan. Diharap dunia akan bertindak dengan matang dan mencari resolusi yang tuntas dalam menghadapi cabaran ini,” titah baginda.
Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan kelmarin, mengorbankan lebih 200 orang.
Sumber daripada Berita Harian