Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ambil langkah pencegahan awal jaga kesihatan buah pinggang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ambil langkah pencegahan awal jaga kesihatan buah pinggang

Ambil langkah pencegahan awal jaga kesihatan buah pinggang

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 Jun 2022 09:06

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan lebih awal menjaga kesihatan buah pinggang.

Titah baginda, di Malaysia, sekurang-kurangnya 10 penduduk didiagnos setiap hari selepas mengalami kerosakan buah pinggang peringkat lima dan memerlukan rawatan dialisis berterusan.

Baginda bertitah, buah pinggang adalah organ penting dan berperanan mencuci darah daripada sisa buangan serta lebihan air diperlukan tubuh manusia.

“Apa yang membimbangkan, ‘pembunuh senyap’ ini tidak menunjukkan simptom yang jelas sehinggalah ia dikesan dan selalunya pesakit telah berada di peringkat serius,” titah baginda selepas berkenan merasmikan bangunan wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tengku Fauziah (HTF), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan tahniah kepada pengurusan MAIPs terutamanya Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs dan semua pihak yang merealisasikan pusat dialisis itu.

Titah baginda, sikap prihatin dan kasih sayang ditunjukkan pewakaf harus dipuji, dicontohi dan perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat.

“Sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban pesakit terutama golongan asnaf di negeri ini tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

“Beta difahamkan fasiliti ini mempunyai 69 buah katil serta mesin dialisis.  Beta berharap pusat dialisis ini mampu menampung jumlah pesakit sedia ada dan memberikan keselesaan serta kemudahan terbaik,” titah baginda.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, pusat dialisis yang merupakan inisiatif MAIPs dan HTF itu siap dibina pada tahun 2020 dan beroperasi pada 17 Ogos tahun sama.

 

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE