Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sumbangan realisasi bangunan wakaf MAIPS pusat perkhidmatan dialisis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Sumbangan realisasi bangunan wakaf MAIPS pusat perkhidmatan dialisis

Sumbangan realisasi bangunan wakaf MAIPS pusat perkhidmatan dialisis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 17 June 2022 09:04

KANGAR, 16 Jun - Sikap prihatin yang ditunjukkan terutamanya para pewakaf harus dicontohi dan disuburkan di kalangan masyarakat.

Sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang menderita penyakit buah pinggang khususnya golongan asnaf di negeri ini tanpa mengira latar belakang bangsa dan juga agama.

Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, MAIPs selama ini sememangnya telah berhasrat membina sendiri bangunan dialisisnya tersendiri.

"Setelah kajian dan semakan dilakukan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai lebih kepakaran dan kemampuan dalam menguruskan pusat ini," titah baginda.


(Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menurunkan tandatangan disaksikan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid)

"Atas kepakaran berkenaanlah, MAIPs telah melakukan tindakan kolaboratif dan strategik bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merealisasikan hasrat murni ini,"baginda bertitah pada Majlis Perasmian Bangunan Wakaf MAIPs- Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah, di sini.

Pusat Perkhidmatan Dialisis berkenaan mula beroperasi sejak Ogos 2020 dengan kapasiti 69 katil dengan kos pembinaan RM6.2 juta.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid

Berangkat sama, Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khali

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE