Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ujian siren amaran Tsunami terbaharu di Perlis berjalan lancar

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Ujian siren amaran Tsunami terbaharu di Perlis berjalan lancar

Ujian siren amaran Tsunami terbaharu di Perlis berjalan lancar

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 15 June 2022 14:18

PERLIS beruntung apabila menjadi salah satu daripada 30 lokasi baharu yang dipilih bagi pemasangan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM).

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah melaksanakan pengujian siren SAATNM ini di Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Simpang Empat, Kangar, petang semalam.

 
Siti Hawa Suhaimi memberikan taklimat mengenai pengujian siren awal tsunami sambil sambil disaksikan Mohd Shahrudi Saad (tengah) di pekarangan Masjid Ameer Fawwaz di Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis petang semalam.

Pengujian siren kira-kira 10 minit mulai pukul 3.20 petang telah berjalan lancar. Ini merupakan Siren SAATNM kedua yang dipasang di Perlis. Siren Tsunami SAATNM  yang pertama telah dipasang di hadapan Hotel Brasmana Kuala Perlis pada tahun 2014.

Siren amaran awal tsunami terbaharu yang dipasang di Masjid Ameer Fawwaz di Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Ujian siren ini telah disaksikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Nurulhisham Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Pengarah Meteorologi Perlis, Mohd. Saharudi Saad, Ketua, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bomba.

Sebelum itu, Pegawai Meteorologi (MetMalaysia) dari Ibupejabat, Siti Hawa Shuhaimi memberikan taklimat mengenai pengujian siren ini.

 

Shahrudi berkata, setakat ini siren ini paling terbaharu dengan lima pembesar suara yang tiangnya setinggi 16 meter.

Beliau memberitahu, siren ini mengguna kuasa bateri dan juga solar.

 

“Pemasangan siren ini telah siap pada 11 April lalu,” katanya.

 

Beliau berkata, siren ini dapat didengar sehingga sejauh dua kilometer.

 

Katanya lagi, siren ini akan memberikan peringatan awal tsunami kepada penduduk selama 45 minit.

 

Shaharudi berkata, siren ini yang menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris ini akan dibunyikan jika dikesan berlaku gempa.

 

Bagaimanapun katanya, pihak MetMalaysia akan membunyikan siren dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Shahrudi berkata, kebiasaannya setiap siren ini akan diuji dua tahun sekali.

 

“Kita memberikan makluman awal kepada penduduk setempat bagi mengelak kejadian panik,” katanya.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE