Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berangkat sempurnakan anugerah YTSP bagi pelajar SPM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berangkat sempurnakan anugerah YTSP bagi pelajar SPM

Raja Perlis berangkat sempurnakan anugerah YTSP bagi pelajar SPM

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Jun 2022 09:56

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian Anugerah Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia SPM Tahun 2020 Negeri Perlis kepada Muhammad Ali Azeem Abdul Rahim (SMK Derma; 9A+) yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Asasi Sains Komputer dan Izza Azeera Hashim (SMK DERMA; 6A+,3A) kini menuntut di Kolej MARA Kulim dalam bidang Pra Universiti Sains Malaysia (USM) jurusan Sains Hayat pada pagi tadi.

 

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Pengerusi YTSP Perlis.

 

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis yang diadakan di Hotel Putra Regency Kangar itu disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Dato’ Johari Mohd Darus.

 

Turut menerima ialah seramai sembilan orang penerima Anugerah Kepujian YTSP Perlis terdiri daripada Teoh Kar Keat (SMK Tuanku Lailatul Shahreen; 9A+,2A) Pusat Genius @ Pintar Negara UKM bidang Asasi Pintar); Ong Liyan (SMK Perlis: 8A+2A) Universiti Tunku Abdul Rahman Asasi dalam bidang Sains; Yong Zhee Hang (SMK Derma: 5A+5A,1A-) Kolej Matrikulasi Perlis jurusan Sains Hayat; Shazrin Balqis Shamsul Kamal (SMK Tuanku Lailatul Shahreen: 5A+,3A,1A-) Pusat Asasi Sains Universiti Malaya bidang Asasi Sains Hayat; Nurliyana Amani Zainodin (SMK Derma: 4A+,4A,1A-) Pusat Asasi UITM Dengkil Selangor dalam bidang Asasi Undang-undang, dan Ahmad Amirul Zharif Ahmad Rahim (SMK Derma: 4A+,4A,1A-) UniKL MIT asasi dalam bidang sains dan teknologi untuk universiti di Korea.

 


Setiap penerima Anugerah Cemerlang menerima Sijil, Pingat dan wang tunai RM1,000 setiap seorang manakala bagi Anugerah Kepujian mereka menerima Sijil dan juga wang tunai RM500 setiap seorang daripada Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE