Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anugerah YTSP: 189 pelajar cemerlang SPM terima anugerah sejak 1991 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anugerah YTSP: 189 pelajar cemerlang SPM terima anugerah sejak 1991

Anugerah YTSP: 189 pelajar cemerlang SPM terima anugerah sejak 1991

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Jun 2022 09:54

KANGAR, 9 Jun- Sejak ditubuhkan pada 1986, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP) terus memberikan sumbangan dan bantuan dalam bidang pendidikan serta kebajikan kepada pelbagai lapisan masyarakat negeri yang kurang berkemampuan.

Ini termasuklah memperkenalkan Anugerah Cemerlang, Anugerah Kepujian dan Anugerah Khas kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

Setiausaha Kehormat YTSP, Datuk Johari Mohd Darus memaklumkan sejak 1991 hingga 2020 lalu, seramai 189 pelajar telah menerima ketiga-tiga kategori anugerah tersebut.

Penganugerahan tersebut sebagai pengiktirafan oleh YTSP kepada pelajar berkenaan, selain untuk dijadikan contoh serta galakan kepada pelajar lain mencapai kejayaan dalam pelajaran.

"Anugerah cemerlang kepada para pelajar yang mendapat A+ dalam enam mata pelajaran teras, mereka akan mendapat pingat, sijil serta wang tunai RM1,000, manakala yang mendapat 5A+ daripada mata pelajaran teras menerima siil bersama wang tunai RM500 dan pada tahun ini kita memperkenalkan iaitu kepada pelajar-pelajar yang mendapat 'straight A'," katanya.

Beliau ditemui media pada penyampaian Anugerah Cemerlang YTSP bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM 2020 di Kangar.


(Setiausaha Kehormat YTSP, Datuk Johari Mohd Darus)

Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada dua penerima iaitu Muhammad Ali Azeem Abdul Rahim dan Izza Azeera Hashim serta enam lagi penerima menerima Anugerah Kepujian.

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE