Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Aureo Gallery Sumbang RM270,000 Kepada YTSP Untuk Bangun Pusat Autism n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Aureo Gallery Sumbang RM270,000 Kepada YTSP Untuk Bangun Pusat Autism

Aureo Gallery Sumbang RM270,000 Kepada YTSP Untuk Bangun Pusat Autism

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 09 Jun 2022 15:24

Aureo Gallery menyumbangkan RM270,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis untuk tujuan membantu menjayakan projek pembangunan Pusat Autism Negeri Perlis (A-Heart).

 

 

 

Pengasasnya, Serena Cham mempersembahkan mock cek kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu upacara yang diadakan di galeri berkenaan di Vertical Business Suites, Bangsar South, Kuala Lumpur semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Penaung DiRaja A-Heart.

Turut hadir ialah Puan Sri Dato’ Akmal Abdul Salam dan Dato’ Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin.

Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa status terkini projek A-Heart yang hendak dibangunkan oleh YTSP Perlis bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini ialah di peringkat rundingan bagi penubuhan secara kolaborasi bersama Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia. Buat masa ini, beberapa cadangan peranan antara pihak-pihak berkepentingan sedang dalam penelitian.



Sementara itu Serena memaklumkan bahawa Aureo Gallery diasaskan pada tahun 2017 dan beribupejabat di Kuala Lumpur mewakili artis terkenal yang hebat dan baru muncul di seluruh dunia dan mempamerkan karya mereka di peringkat antarabangsa. Hasrat mereka ialah untuk mengembangkannya ke Singapura, Jakarta dan Dubai dalam masa terdekat ini. Aureo Gallery bekerjasama secara langsung dengan artis dan rakan kongsi untuk mempromosikan dan membangunkan era baharu untuk industri seni.

Terang Akmal pula, ‘Aureo Gallery memberi tumpuan dengan menyokong artis-artis individu untuk mempamerkan karya seni mereka kepada dunia dengan membantu mereka mencapai pengiktirafan bertaraf dunia yang layak diterima’.

Sumber daripada Suara Merdeka

 



 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE