Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke majlis surat ucap tahniah pegawai terima tauliah kehormat Askar Wataniah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke majlis surat ucap tahniah pegawai terima tauliah kehormat Askar Wataniah

Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke majlis surat ucap tahniah pegawai terima tauliah kehormat Askar Wataniah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 07 Jun 2022 08:08

Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyerahan Surat Ucapan Tahniah kepada lima orang Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah Malaysia yang baru di Kem Bukit Keteri, Perlis. Pelantikan ini dibuat mengikut Seksyen 198 (5) Akta Angkatan Tentera 1972 atas limpah kurnia dan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

 

 

 

Dengan penganugerahan Tauliah Kehormat ini para penerima terbabit adalah dilantik sebagai Pegawai (Kehormat) dalam Rejimen Askar Wataniah selaku Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Malaysia, Negeri Perlis berkuatkuasa mulai 7 April 2022 bagi tempoh dua tahun pelantikan.

 

 

Yang menerimanya baru-baru ini adalah Yang Berhormat Leftenan Kolonel (Kehormat) Hj Zepri Saad, Pegawai Kewangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Perlis yang baru; Mejar (Kehormat) Naharudeen Othman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri; Mejar (Kehormat) Ismasuhaimi Shariff, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri; Mejar (Kehormat) Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri; dan Mejar (Kehormat) Hj Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

 

Hadir sama di majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi JAKPAW Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Panglima Briged ke Enam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Akib Hj Yusof dan Timbalan Komander Rejimen tersebut, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Komander rejimen tersebut menitahkan bahawa mereka adalah bertanggungjawab untuk membantu dalam segala program pembangunan serta pengembangan
Rejimen 504 Askar Wataniah di Negeri Perlis. Mereka tidak berada dalam rangkaian pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia namun boleh berhubung secara rasmi melalui Pengerusi JAKPAW Malaysia Negeri Perlis mengenai apa jua urusan berkaitan dengan pembangunan Angkatan Sukarela Persekutuan dalam negeri ini.

 

 

Menurut Mohamad Zaidi pula, ‘Penularan Covid-19 masih terasa. Namun begitu, kita perlu beradaptasi dengan wabak ini dan meneruskan norma baharu seperti yang telah digariskan oleh pihak bertanggungjawab. Justeru, sinergi antara Rejimen dan pihak JAKPAW serta agensi awam dan swasta dalam negeri Perlis khususnya harus diteruskan dengan pelbagai alternatif bagi mencapai misi rejimen dalam merekrut, melatih dan mengekalkan keaktifan anggota sukarela negeri Perlis. Amatlah rugi tenaga kerja belia yang merupakan amanah dan tulang belakang negeri dan negara tercinta ini jika dibiarkan dan diabaikan tanpa perhatian dan sokongan.

 

Untuk rekod, Rejimen 504 Askar Wataniah kini dalam rangka persiapan bagi acara berprestij tinggi iaitu Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 33/22 yang bakal mengumpulkan semua Komander dari seluruh negara dalam membincangkan hala tuju Askar Wataniah.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE