Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur RM200,000 bantu 141 mangsa ribut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs salur RM200,000 bantu 141 mangsa ribut

MAIPs salur RM200,000 bantu 141 mangsa ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 02 Jun 2022 13:54

KANGAR, 2 Jun - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan RM200,000 bawah Bantuan Bencana kepada 141 mangsa ribut di Perlis.

 

Bantuan disalurkan secara berfasa kepada semua penerima dengan setiap daripada mereka menerima bantuan antara RM400 hingga RM5,000.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata jumlah bantuan berdasarkan kerosakan yang ditanggung setiap mangsa melibatkan bumbung yang diterbangkan angin atau struktur rumah.


"Dalam penyaluran bantuan, MAIPs turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelaras semua yang diperlukan penduduk terlibat," katanya kepada RTM.

(Penyampaian sumbangan kepada penduduk terjejas yang disempurnakan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)

 

 

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Ribut kepada 60 mangsa di Masjid Al-A'la Behor Temak, di sini hari ini.


Penyampaian sumbangan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs.


Dalam pada itu, Mohd Nazim berkata JKM turut menyalurkan bantuan tambahan selain yang telah disalurkan MAIPs sekiranya jumlah kerosakan melebihi had ditetapkan bagi setiap penerima.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE