Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs komited bantu mangsa ribut Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs komited bantu mangsa ribut Perlis

MAIPs komited bantu mangsa ribut Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 Jun 2022 14:47

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited membantu kerajaan dalam menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut di negeri ini.

 

Baginda bertitah, penghargaan turut dirakamkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang telah bertungkus-lumus mengaturkan lawatan bagi memperolehi data berkaitan mangsa terlibat.

 

“Hal demikian memudahkan urusan penyaluran bantuan segera dilakukan,” titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs selepas berkenan berangkat meninjau dan menyampaikan sumbangan bantuan awal MAIPs kepada enam buah keluarga mangsa ribut di negeri ini.

 

 
 

Rumah-rumah yang baginda santuni sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-38 2022 itu adalah di sekitar Kampung Sungai Padang di sini.

 

Hadir mengiringi baginda,  Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs. Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Sementara itu, Mohd Nazim berkata, pada masa ini, MAIPs telah menyalurkan bantuan kepada 55 orang penerima bagi fasa pertama dan fasa kedua.

 

 

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE