Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Majlis Raikan Syawal MAIPs meriah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Majlis Raikan Syawal MAIPs meriah

Majlis Raikan Syawal MAIPs meriah

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 27 Mei 2022 15:59

KANGAR: Majlis Raikan Syawal anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berlangsung meriah di pekarangan pejabat MAIPs II, Taman Pengkalan Asam di sini, semalam.

Majlis berkenaan mengetengahkan pelbagai produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh warga asnaf di negeri ini.

Antara menu menarik  adalah seperti karipap keju king, lemang warna-warni dan kebab Palestin Perlis.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis itu.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakanda-anakanda baginda berdua iaitu

Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyempurnakan simbolik sambutan tersebut dengan menyajikan balang air serbat Perlis dan lemang warna-warni dari Kampung Seberang, Ramai, Kuala Perlis.

Antara aktiviti lain seperti perkongsian oleh bekas-bekas pelajar yang b mendapat pekerjaan dengan gaji melebihi RM3,000 di bawah program bantuan melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Dalam pada itu, Mohd Nazim berkata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh MAIPs dalam misi mencapai sasaran yang digariskan menerusi Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 serta Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0. – 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE