Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Usahawan dari Dubai kagum dengan Kampung Seberang Ramai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Usahawan dari Dubai kagum dengan Kampung Seberang Ramai

Usahawan dari Dubai kagum dengan Kampung Seberang Ramai

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 Mei 2022 09:22

Dr Hesham Hafez, PH.D. seorang usahawan berjaya dalam industri pemerdagangan kertas global yang kini bermastautin di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terpegun melihat segala inisiatif inovasi yang dilaksanakan di Kampung Nelayan Warna-warni Program Transformasi Di Raja Seberang Ramai Kuala Perlis untuk masyarakat setempatnya.

 

Berdasarkan pemerhatian beliau, negeri Perlis telah mula menggalakkan dan menyokong usaha-usaha inovasi. Kunjungan beliau ke perkampungan nelayan berkenaan amat mengagumkan di mana pelbagai usaha untuk menghasilkan nilai kepada rakyat setempat yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan termasuk institusi-institusi pengajian tinggi serta swasta dan masyarakat setempat sendiri boleh dicontohi oleh tempat-tempat lain.

 

‘Saya percaya Perlis berada di landasan yang betul untuk melaksanakan projek perintis kepada mana-mana bandar, pekan atau kampung yang tidak besar bukan sahaja di Malaysia seperti ini tetapi di seluruh dunia kerana pencapaian usaha ini walaupun masih di peringkat awal dan banyak lagi yang beliau difahamkan sedang dirangka untuk ditambahbaik, namun ia benar-benar unik, inovatif dan jika terus diberi fokus akan mampu memberi perubahan hidup yang cukup memanfaatkan kepada seluruh warga setempat’.

 

Demikian dimaklumkan oleh beliau ketika menyampaikan ucapan bagi menerangkan teras utama dalam inovasi termasuk bagaimana untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang inovatif pada ‘International Talk Series Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ bagi berkongsi tentang buku karya beliau sendiri bertajuk “The Global Innovator : How Nations Have Held And Lost Innovative Edge” yang diadakan di Auditorium Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UniMAP di Pauh Putra.

 

Dr Hesham yang berpengalaman luas melalui interaksi dengan pelbagai latarbelakang masyarakat peringkat antarabangsa dan selain di Dubai pernah tinggal, belajar dan menjalankan perniagaan di Mesir, Austria dan China. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Melayu, Puan Adlina Suad Sheikh Abdul Razak dari Malaysia.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menghadiri seminar yang diadakan bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke 79 tersebut.

 

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor universiti. Hadir sama adalah kepimpinan tertinggi serta Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan juga IPT di Perlis.

 

Dr Hesham juga berharap dapat kembali lagi ke Perlis di masa hadapan dan melihat kesinambungan usaha bagi menjayakan projek transformasi diraja berkenaan dan mendoakan semoga Allah swt terus memberkati kepimpinan keluarga DiRaja Perlis yang amat prihatin tentang hal ehwal rakyat jelata baginda.

 

Untuk rekod, buku bertajuk “The Global Innovator – How Nations Have Held And Lost The Innovative Edge’ yang ditulis oleh Dr Hesham bersama dua orang tokoh lagi iaitu Kenneth Lipartito dan Patricia Watson melalui Think Twice Books itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Ideapress Publishing.

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE