Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis

Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 Mei 2022 09:20

ARAU, 17 Mei (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat.

 

Baginda bertitah perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah disisi agama dan undang-undang negara.

 

“Amalan rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial dan seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana Arau, hari ini.

 

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan barisan exco kerajaan negeri.

 

Seramai 325 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin.

 

Baginda berkenan menganugerahkan darjah-darjah kebesaran itu kepada 22 orang penerima hari ini, manakala 303 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE