Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kurniaan pingat, bakar semangat penerima darjah kebesaran Perlis untuk terus berbakti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kurniaan pingat, bakar semangat penerima darjah kebesaran Perlis untuk terus berbakti

Kurniaan pingat, bakar semangat penerima darjah kebesaran Perlis untuk terus berbakti

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 22 Mei 2022 22:50

ARAU, 17 Mei (Bernama) -- Kurniaan anugerah darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-79 dianggap menjadi pembakar semangat dalam kalangan penerima untuk terus menabur bakti kepada rakyat negeri itu.

 

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Awang Adek Hussin yang dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri, menzahirkan rasa bangga di atas kurniaan berkenaan.

 

Beliau berkata penganugerahan itu memberikan semangat untuk beliau terus menabur bakti kepada negeri Perlis, selain menjaga imej sebagai penerima darjah kebesaran.

 

"Seperti titah Tuanku Syed Sirajuddin, saya mengharapkan supaya rakan penerima anugerah yang lain dapat menjaga intergriti mereka dan tidak mencemarkan kurniaan itu.

 

"Seperti titah Tuanku Syed Sirajuddin, saya mengharapkan supaya rakan penerima anugerah yang lain dapat menjaga intergriti mereka dan tidak mencemarkan kurniaan itu."Seperti titah Tuanku Syed Sirajuddin, saya mengharapkan supaya rakan penerima anugerah yang lain dapat menjaga intergriti mereka dan tidak mencemarkan kurniaan itu.

 

"Ini bukan sahaja bagi memastikan penerima anugerah kekal bertingkah laku baik, malah ia adalah tuntutan masyarakat kita secara keseluruhan," katanya kepada Bernama selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda  yang ke-79 di Istana Arau di sini, hari ini."Ini bukan sahaja bagi memastikan penerima anugerah kekal bertingkah laku baik, malah ia adalah tuntutan masyarakat kita secara keseluruhan," katanya kepada Bernama selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda  yang ke-79 di Istana Arau di sini, hari ini.

 

Sementara itu Pengarah Prima Group Sdn Bhd Tan Sri Mohd Ariffin Mohd Yusuf berkata beliau amat berbesar hati apabila sumbangannya kepada negeri Perlis selama ini mendapat penghargaan menerusi penganugerahan Darjah SPMP itu.Sementara itu Pengarah Prima Group Sdn Bhd Tan Sri Mohd Ariffin Mohd Yusuf berkata beliau amat berbesar hati apabila sumbangannya kepada negeri Perlis selama ini mendapat penghargaan menerusi penganugerahan Darjah SPMP itu.

 

Menurutnya beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan menyumbang kepada pembinaan beberapa masjid di negeri itu bersama kumpulan yang terdiri daripada ahli keluarganya.Menurutnya beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan menyumbang kepada pembinaan beberapa masjid di negeri itu bersama kumpulan yang terdiri daripada ahli keluarganya.

 

"Bersama adik-beradik yang lain, kami pernah menyumbang kepada pembinaan Masjid Al Husin, Kuala Perlis yang sinonim dengan panggilan masjid terapung. Apa yang kita usahakan melalui pembinaan masjid ini bukan kerana ingin mendapat pengiktirafan, sebaliknya hanya kerana Allah semata-mata," katanya.

 

Selain itu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Azman Mohd Yusof berkata penganugerahan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk, menjadi pemangkin buat dirinya untuk terus memberi sumbangan dan perkhidmatan terbaik kepada negeri itu.

 

"Saya percaya Perlis akan terus maju kerana kita ada jentera kerajaan negeri yang baik dan mampu meneruskan pembangunan di sini," katanya."Saya percaya Perlis akan terus maju kerana kita ada jentera kerajaan negeri yang baik dan mampu meneruskan pembangunan di sini," katanya.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE