Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lemang ‘warna-warni’ serikan majlis Aidilfitri perkampungan nelayan Seberang Ramai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Lemang ‘warna-warni’ serikan majlis Aidilfitri perkampungan nelayan Seberang Ramai

Lemang ‘warna-warni’ serikan majlis Aidilfitri perkampungan nelayan Seberang Ramai

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Mei 2022 11:34

KANGAR: Sambutan majlis Aidilfitri anjuran komuniti Kampung Nelayan Warna-Warni Program Transformasi Di Raja Seberang Ramai Kuala Perlis, semalam berlangsung meriah.

Bertambah meriah, majlis berkenaan disajikan dengan hidangan istimewa berupa lemang ‘warna-warni’ yang disediakan sebagai hidangan seri majlis sambutan berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat pada majlis tersebut.

 

Majlis dihadiri lebih 300 penduduk tempatan itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Panglima Markas 30 Briged Infantri Tentera Darat Malaysia,  Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, lemang ‘warna-warni’ yang disajikan adalah signifikan kepada pelaksanaan Projek Di Raja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai itu.

Katanya, keistimewaan lemang ‘warna-warni’ itu adalah pada warnanya yang menarik selain mengekalkan resipi tradisi sajian itu yang dihidangkan bersama rendang dan serunding.

“Tambah istimewa lemang berkenaan disediakan oleh warga asnaf di bawah bimbingan MAIPs yang mengekalkan cita rasa asli lemang dengan aroma yang memikat. Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Rahman di talian nombor 0134623767,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE